in

“Steady bang” – [VIDEO] Penguatkuasa Dipuji Tetap ‘Cool’ Walaupun Dicarut Individu Berang Dikompaun

Page Maki 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam telah tular di Facebook video seorang lelaki yang dipercayai telah dikompaun kerana meletakkan motosikalnya di parkir orang kelainan upaya (OKU) yang berlaku di Saujana Utama, Kuala Selangor.


Akibat berang dikompaun oleh penguatkuasa Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) yang bertugas di tempat kejadian, dia bertindak dengan mengeluarkan kata-kata kesat kepada penguatkuasa tersebut.

Difahamkan, kini lelaki itu telah ditahan oleh pihak polis Saujana Utama untuk siasatan lanjut selepas pihak MPKS sendiri membuat laporan berikutan kejadian itu kerana dilihatkan dia bertindak memberi ancaman kepada penguatkuasa tersebut.

“Individu itu secara tiba-tiba menghampiri anggota penguatkuasa berkenaan dan mengeluarkan kata-kata kesat serta ancaman. Ia berikutan dia tidak berpuas hati dikenakan kompaun atas kesalahan meletakkan motosikal di petak parkir OKU” – SU MPKS, Yusli Askandar

Steady bang! Cool je tak kesah kena maki…

Pihak MPKS juga menzahirkan rasa berterima kasih kepada orang ramai kerana merakam kejadian tersebut sehingga membolehkan mereka membuat laporan kepada polis.

Tapi, apa yang menarik perhatian adalah sikap penguatkuasa tersebut yang selamba buat tak tahu sambil meneruskan tugasnya walaupun menerima carutan secara face-to-face dari lelaki itu.

“Hati kau memang keras roy… Steady je buat dek kena maki” – Komen netizen

Rata-rata memuji penguatkuasa tersebut di TikTok kerana mengekalkan sikap profesionalnya dalam menjalankan tugas dan beranggapan dia seorang yang sangat kental walaupun diserang begitu.

Tiktok Full 3

Terbaiklah Encik Penguatkuasa! Min salute… Tak semua tau boleh tahan sabar bila kena macamtu… Korang yang lain, make sure jangan parking sesuka hati je tau…

Baca: Cikgu Kongsi Mesej Murid Perempuan Darjah 6 Mencarut Sebab Dapat Kerja Rumah

Untitled 1 3

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.