You are on page 1of 11

3

DR SAW LENG GUAN


Jika kita meneroka keindahan
alam semula jadi dan kehijauan
hutan di mana-mana sahaja
khususnya di negara ini
mahupun di FRIM; kita pasti
akan mengagumi kehebatan
Pencipta yang menjadikannya.
Dan setiap kali kita ingin
mengetahui nama tumbuhan-
tumbuhan yang pelbagai
jenis, nama Dr Saw Leng
Guan biasanya tidak terlepas
daripada sebutan sebagai salah
seorang ahli botani bertaraf
kebangsaan dan antarabangsa
yang begitu sinonim dengan
alam semula jadi, pokok dan
tumbuh-tumbuhan. Kehadiran
beliau dalam perjalanan hidup FRIM merupakan antara harta bernilai
yang dimiliki oleh negara dan perlu dihargai dan diambil pelajaran untuk
diwarisi. Atas sumbangan dan jasa beliau yang begitu cemerlang dalam
bidang botani, Dato Ketua Pengarah (KP) telah menobatkan beliau
sebagai Tokoh Botani FRIM.
BIODATA
Dr Saw Leng Guan dilahirkan di Taiping, Perak pada 14 Disember
1955. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains (Perhutanan) dari
Universiti Pertanian Malaysia, sebelum menyertai Institut Penyelidikan
Perhutanan (FRI) sebagai Ahli Silvikultur Hutan Bukit pada tahun 1982.
Berikutan persaraan KM Kochummen, Saw Leng Guan telah menerima
tawaran untuk menggantikan tempat Kochummen sebagai botanis
kedua di FRI. Saw menyertai Cawangan Botani pada 1 Mac 1985. Sejak
menyertai cawangan ini, Saw telah menunjukkan minat untuk mengkaji
tumbuhan monokotiledon khususnya palma. Pada tahun 1990, Saw
mengikuti kursus Sarjana Sains di University of Reading dan meneruskan
pengajian lepasan ijazah ke atas genus Licuala (Palmae) Semenanjung
Malaysia setahun kemudiannya, sebelum memperoleh Ijazah PhD pada
tahun 1994.
4
Saw sekeluarga: (dari
kiri) Saw, Cheryl,
Julian, Shu Cheow
(isteri) dan Jonathan
KM Kochummen (mendiang)
antara guru awal Saw
LATAR BELAKANG KERJAYA
Pada tahun 1990 Saw dinaikkan pangkat ke gred Q2, sebelum dinaikkan
pangkat sebagai Pegawai Penyelidik Kanan Gred Q1 pada 2001. Pada
Oktober 2002, Saw dilantik sebagai Timbalan Pengarah Bahagian
Perhutanan dan Alam Sekitar, sebelum dilantik ke jawatan Pengarah
Program Pusat Biodiversiti Hutan Tropika (TFBC) pada Ogos 2004.
Melihat kepada inisiatif dan penglibatan Saw yang cemerlang dalam
bidang penyelidikan, beliau telah dinaikkan pangkat ke Gred VU7 (JUSA)
pada 1 September 2007. Saw dilantik sebagai Pengarah Bahagian
Biodiversiti Hutan pada 1 Januari 2009.
Antara bidang penyelidikan yang diminati Saw ialah;
1 Taksonomi dan ekologi palma
2 Penyemakan taksanomi tumbuhan
Malaysia (khususnya, tree families)
3 Ekologi hutan Malaysia termasuk geogra
tumbuhan
4 Pemuliharaan ora dan ekosistem
Malaysia
5
PENCAPAIAN ISTIMEWA
Berikut adalah antara pencapaian utama Saw dalam bidang penyelidikan:
1 Projek Tree Flora of MalayaSaw menyumbang kepada penyemakan
famili, 19851989.
2 Pemuliharaan tumbuhan hutan di Semenanjung Malaysia yang
mempunyai kepentingan ekonomi, jarang ditemui atau terancam
Ketua Projek, 19961999.
3 Projek Tree Flora of Sabah and Sarawakperintis projek dan kini
bertindak sebagai editor dan menyumbang kepada penyemakan
famili sejak 1991 sehingga sekarang.
4 Menentukan saiz optimum Hutan Simpan Dara untuk merangsang
pemuliharaan ora serta panduan jangka waktu pengurusan bagi
setiap jenis ekologi hutan Ketua Projek dari 1998
5 Krau Game Reserve, kawasan hutan terlindung di Semenanjung
Malaysia bagi tujuan pemuliharaan tumbuhan peringkat tinggi
Rakan Usaha Sama Projek, 19992005.
6 Penyelaras: Pusat Kepelbagaian Tumbuhan yang mempunyai 14
projek. Saw merupakan Ketua Projek bagi dua daripada projek-projek
tersebut.
7 South East Asian Botanical Collections Information Network
(SEABCIN), yang dibiayai oleh European Commission merupakan
projek kerjasama antara National Herbarium Netherlands, Oxford
University, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, Jabatan
Perhutanan Sabah, Jabatan Perhutanan Sarawak, Philippine National
Herbarium, Forest Herbarium Bangkok dan Herbarium Bogoriense.
8 Projek FRIM-GEF: Pemuliharaan Kepelbagaian Biodiversiti melalui
Prosedur Pengurusan Hutan yang lebih baik. Projek dibiayai oleh
GEF.
9 Penyelia bersama bagi projek pelajarProjek Population and
conservation biology of selected threatened Malesian ornamental
species with special emphasis on Johannesteijsmannia (Palmae),
projek kerjasama antara National University of Singapore, Royal
Botanic Gardens Kew dan FRIM yang dibiayai oleh ARCBC Research
Funds.
10 Projek Flora of Peninsular Malaysiaprojek yang dimulakan pada
2005 bagi menyemak semula tumbuhan vaskular yang dianggarkan
berjumlah 8300 spesies di Semenanjung Malaysia.
11 Pemuliharaan Conservation of Rare and Threatened Plants of
Peninsular Malaysiaprojek yang dimulakan pada tahun 2005 untuk
membangunkan peralatan/perisian bagi tujuan pemuliharaan dan
memulihara spesies-spesies terancam di Semenanjung Malaysia.
6
Penglibatan di Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa
Peringkat antarabangsa:
1 Ahli Kumpulan Penasihat Brahms (Botanical Research and Herbarium
Management System) sejak tahun 2001, sistem pengurusan
pangkalan data untuk kurasi spesimen herbarium dan penyelidikan
2 Ahli Jawatankuasa Penasihat kepada Simposium Antarabangsa Flora
Malesiana yang ke-5, Sydney, Australia, 915 September 2001
3 Ahli Lembaga International Flora Malesiana Foundation sejak
September 2004
4 Dilantik sebagai Ahli Audit Sains Royal Botanic Gardens, Kew, U.K.
dari Jun 2006
5 Ahli Lembaga Buletin Kew sejak Januari 2007
6 Ahli Jawatankuasa Editorial Journal of Tropical Ecology sejak April
2007
7 Ahli Jawatankuasa Editorial Pertanika Journal of Tropical Agriculture
Science sejak bulan Februari 2009
8 Ahli Lembaga Editorial Blumea sejak Jun 2010
Peringkat Kebangsaan:
1 Ahli Jawatankuasa, National Technical Biological Diversity
Committee
2 Ahli Jawatankuasa Taman Botani Sungai Buloh, 1994
3 Ahli Jawatankuasa Teknikal Kebangsaan CITES (Convention on
International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora)
4 Wakili Malaysia dalam Jawatankuasa Tetap CITESWorking Group
on Timber
5 Menyertai Delegasi Malaysia ke Persidangan Kepelbagaian Biologi,
ke-6, pada tahun 2002, The Hague, Netherlands
6 Menyertai Delegasi Malaysia ke Persidangan Kepelbagaian Biologi,
ke-7, Februari 2004, Kuala Lumpur, Malaysia
7 Menyertai Delegasi Malaysia ke Persidangan Kepelbagaian Biologi,
ke-8, 2006, Curitiba, Brazil
8 Pengerusi The Vulnerability & Adaptations for Biodiversity of the
Second National Communications for Climate Change sejak 2007
9 Menyertai Delegasi Malaysia ke Persidangan Kepelbagaian Biologi,
ke-9, 2008, Bonn, Germany
10 Panel Pakar bagi Advanced Informatics MIMOS, sejak November
2009
11 Fourteenth meeting of the Subsidiary Body on Scientic, Technical
and Technological Advice (SBSTTA 14) of the Convention on
Biological Diversity dan Third meeting of the Ad Hoc Open-ended
Working Group on Review of Implementation of the Convention
7
(WGRI 3), Nairobi, Kenya, 1429 May 2010.
12 Menyertai Delegasi Malaysia ke Persidangan Kepelbagaian Biologi,
ke-10, 2010, Nagoya, Jepun
Saw ketika menghadiri
SBSTTA 14, The
Convention on Biological
Diversity Meeting,
Nairobi, Kenya, 2010
Pengulas Jurnal
Saw merupakan pengulas tetap artikel sains bagi Journal of Tropical Forest
Sciences, Malayan Nature Journal, Gardens Bulletin Singapore, Kew
Bulletin dan Thai Forest Bulletin (Botany).
Editor Bagi Siri Penerbitan
1 Tree Flora of Sabah and Sarawak sejak 1995
2 Flora of Peninsular Malaysia sejak 2005
3 Risalah Penyelidikan FRIM 19962005
4 Malaysian Nature Journal 19971998
5 Sandakania 19981999
6 Flora Malesiana Series ISpermatophyta sejak 1998
Menyelia Pelajar Lepasan Ijazah
1 Dr Tam Sheh May, MSc, 1999, Universiti Putra Malaysia, Serdang,
Malaysia
2 Dr Adrian Loo Hock Beng, PhD, 2001, National University of Singapore,
Singapore
3 Dr Look Su Lee, PhD, 2007, National University of Singapore,
Singapore
4 Cik Chan Yoke Mui, MSc, 2010, University Malaya, Malaysia
5 Puan Sam Yen Yen, PhD, pelajar di bawah penyeliaan Dr Saw bersama
University Malaya pada masa ini.
8
Pemeriksa Pelajar Lepasan Ijazah:
1 Berhaman Ahmad, 1998. MSc. Tajuk tesis: A taxonomic revision of
Nyctocalos (Bignoniaceae) in Malesia, and aspects of its comparative
morphology and biogeography. Universiti Malaya.
2 Tam Sheh May, 1998. MSc. Tajuk tesis: Floristic diversity and
conservation importance of Bukit Bauk (Terengganu) in Peninsular
Malaysia. Universiti Putra Malaysia.
3 Subhasis Panda, 2007. PhD. Tajuk tesis kedoktoran: Taxonomic
revision of some selected genera of Ericaceae in India. University
Vidyasagar, India.
ANUGERAH
1 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Berkumpulan 1995
2 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang FRIM 1997
3 Anugerah Tesis Terbaik di FRIM pada tahun 1998 A revision of
Licuala (Palmae) in the Malay Peninsula, Sandakania (1997) 10: 195
4 Menerima Geran daripada British High Commissions Chevening
Scholarships Scheme: Royal SocietyMalaysian Fellowship,
1999/2000 (15 Januari 15 Jun 2000)
5 Anugerah Penerbitan (Tempat Kedua) 2000Kategori Penerbitan
Teknikal Saw L.G. & Y.Y. Sam (2000). Conservation of
Dipterocarpaceae in Peninsular Malaysia. Journal of Tropical Forest
Science 12: 593615
6 Anugerah Penerbitan (Tempat Kedua) 2005Kategori Penerbitan
Teknikal- Chua L.S.L., H. Nurulhuda, M. Hamidah & L.G. Saw
(2004). Conservation status of Hopea subalata (Dipterocarpaceae) in
Peninsular Malaysia. Journal of Tropical Forest Science 16: 271-282
7 Anugerah Penerbitan (Tempat pertama) 2007Kategori Buku dan
Buku Panduan Chua L.S.L. & L.G. Saw (2006). Plants of Krau. FRIM
Research Pamphlet No. 126. Forest Research Institute Malaysia. 227
pp.
8 Anugerah Penerbitan (Tempat Pertama) 2007Kategori Penerbitan
Teknikal Lee S.L., K.K.S. Ng, L.G. Saw, C.T. Lee, N. Muhammad,
N.Tani, Y. Tsumura & J. Koskela (2006). Linking the gaps between
conservation research and conservation management of rare
dipterocarps: A case study of Shorea lumutensis. Biological
Conservation 131: 7292.
9 Anugerah Penerbitan (Tempat Kedua) 2007Kategori Perkhidmatan
Teknikal Ng K.K.S., S.L. Lee, L.G. Saw, J.B. Plotkin & C.L. Koh
(2006). Spatial structure of three tropical tree species with different
habitat preferences in hill dipterocarp forest. Tree Genetics & Genomes.
2: 121131.
9
10 Anugerah Penyelidikan Terbaik 2007Projek Tree Flora of Sabah and
Sarawak.
11 Anugerah Khidmat Setia bagi ketika Majlis Ulang Tahun FRIM pada
tahun 2007.
12 Anugerah Saintis Terbaik FRIM 2009.
Saw ketika menerima Anugerah Saintis Terbaik 2009
Penerbitan:
115 artikel di dalam jurnal, artikel dan bab-bab di dalam buku, dan sebagai
editor buku.
Spesies dan taksanomi yang telah dinamakan oleh Dr Saw (28 spesies
dan dua varieti):
1 Tiliaceae Schoutenia leprosula SawMalayan Nat. J. 41(2-3): 272
(1987).
2. Escalloniaceae, Polyosma robusta (Ridl.) Sawin Tree Fl. Malaya, 4:
468 (1989)
3 Palmae, Licuala thoana Saw & J.Dransf. Gard. Bull. Singapore
42(1-2): 71. 1990 [1989 publ. 1990]
4 Palmae, Licuala ahlidurii SawSandakania 10: 30 (1997).
5 Palmae, Licuala bayana SawSandakania 10: 21 (1997).
6 Palmae, Licuala cameronensis Saw Sandakania 10: 76 (1997).
7 Palmae, Licuala egregia SawSandakania 10: 16 (1997).
10
8 Palmae, Licuala fractiexa Saw Sandakania 10: 32 (1997).
9 Palmae, Licuala kamarudinii SawSandakania 10: 24 (1997).
10 Palmae, Licuala khoonmengii SawSandakania 10: 43 (1997).
11 Palmae, Licuala malajana Becc. var. humilis SawSandakania 10:
90 (1997).
12 Palmae, Licuala mustapana SawSandakania 10: 55 (1997).
13 Palmae, Licuala palas SawSandakania 10: 59 (1997).
14 Palmae, Licuala peltata Roxb. ex Buch.-Ham. var. sumawongii Saw
Sandakania 10: 10 (1997).
15 Palmae, Licuala ruthiae SawSandakania 10: 41 (1997).
16 Palmae, Licuala sallehana SawSandakania 10: 11 (1997).
17 Palmae, Licuala sallehana Saw var. incisifolia SawSandakania 10:
13 (1997).
18 Palmae, Licuala stongensis SawSandakania 10: 90 (1997).
19 Palmae, Licuala tenuissima SawSandakania 10: 37 (1997).
20 Palmae, Licuala terengganuensis SawSandakania 10: 61 (1997).
21 Palmae, Licuala whitmorei Saw Sandakania 10: 78 (1997).
22 Palmae, Pinanga johorensis C.K.Lim & SawGard. Bull. Singapore
50(1): 104. (1998)
23 Orchidaceae, Bulbophyllum setuliferum J.J.Verm. & Saw Gard.
Bull. Singapore 52(2): 289. (2000)
24 Dipterocarpaceae, Vatica yeechongii SawGard. Bull. Singapore
54(2): 247 (2002).
25 Palmae, Pinanga sarmentosa SawPalms (1999+). 47(3): 141
(2003).
26 Escalloniaceae, Polyosma maliauensis SawSandakania 14: 57(-59;
g.). (2004) [April 2004]
27 Zingiberaceae, Scaphochlamys abdullahii Y.Y.Sam & SawGard.
Bull. Singapore 57(2): 253 (-256; g. 1). (2005) [30 Dec 2005]
28 Zingiberaceae, Scaphochlamys cordata Y.Y.Sam & SawGard. Bull.
Singapore 57(2): 256 (-258; g. 2). (2005) [30 Dec 2005]
29 Zingiberaceae, Scaphochlamys laxa Y.Y.Sam & SawGard. Bull.
Singapore 57(2): 258 (-261; g. 3). (2005) [30 Dec 2005]
30 Cycadaceae, Cycas cantafolia Jutta, K.L.Chew & SawBlumea:
55(3): 248 (2010).
Spesies baharu yang telah terima oleh jurnal Kew Bulletin (dalam
proses penerbitan):
31 Palmae, Licuala atrovirens Saw
32 Palmae, Licuala bruneiana Saw
33 Palmae, Licuala burretii Saw
34 Palmae, Licuala campestris Saw
11
35 Palmae, Licuala chaiana Saw
36 Palmae, Licuala collina Saw
37 Palmae, Licuala cordata Becc. var. ashtonii Saw
38 Palmae, Licuala elliptica Saw
39 Palmae, Licuala exigua Saw
40 Palmae, Licuala ammula Saw
41 Palmae, Licuala intermedia Saw
42 Palmae, Licuala kuchingensis Saw
43 Palmae, Licuala lambii Saw
44 Palmae, Licuala leopoldii Saw
45 Palmae, Licuala leucocarpa Saw
46 Palmae, Licuala maculata Saw
47 Palmae, Licuala meijerii Saw
48 Palmae, Licala micholitzii var. leeana Saw
49 Palmae, Licuala miriensis Saw
50 Palmae, Licuala mukahensis Saw
51 Palmae, Licuala oryzoides Saw
52 Palmae, Licuala pilosa Saw
53 Palmae, Licuala pseudovalida Saw
54 Palmae, Licuala rheophytica Saw
55 Palmae, Licuala rubiginosa Saw
56 Palmae, Licuala sabahana Saw
57 Palmae, Licuala yiiana Saw
Tumbuhan yang dinamakan sebagai penghormatan kepada Saw (tiga
spesies):
1 Begoniaceae Begonia lengguanii KiewBegonias Penins. Malaysia
211 (-215; g., photos). 2005 [1 Feb 2005]
2 Poaceae Schizostachyum lengguanii K.M.Wong Bamboos Penins.
Malaysia (Malayan Forest Rec., 41) 176 (1995)
3 Orchidaceae Trispermum lengguanianum. P.T.Ong & OByrne
Malesian Orchid Journal
PRINSIP HIDUP DAN INSPIRASI
Prinsip hidup Saw adalah mudahpercaya kepada Tuhan dan sentiasa
melakukan yang terbaik. Kata Saw, My inspiration has always been
nature. I have great love for nature for what it is and always marvel at its
beauty and simplicity.
I am grateful to FRIM and it has provided me much opportunities. FRIM
to me is just like an oyster, if we work hard and with purpose opportunities
abound, you will nd ones pearl!
12
Pinanga sarmentosa, dijumpai di Sg
Nipah, Terengganu
Antara spesies yang dinamakan oleh Saw:
Licuala cameronensis, ditemui di
Cameron Highlands sahaja
Licuala bayana, spesies endemik di
Jerangau, Terengganu; dan dinamakan
sempena Baya Busu
Baya Busu (mendiang) memegang
pelepah Licuala ahlidurii, spesies yang
dinamakan sempena Dr John Dransled
13
ULASAN KETUA PENGARAH
Tiada siapa yang dapat menyangkal bahawa Dr Saw Leng Guan
adalah antara pakar botani yang dikagumi di peringkat tempatan dan
antarabangsa; sebaris dengan mereka yang saya kenali secara peribadi
Dr John Dranseld, Dr Wong Khoon Meng dan Prof Dato Dr Abd Latif
Mohamad. Dengan 25 spesies dan dua varieti tumbuhan khususnya
daripada kaum palma, dipterokarpa dan halia yang telah Dr Saw namakan
dan hampir 30 lagi yang bakal diterbitkan, keunggulan beliau pastinya
akan tertinta dalam lipatan sejarah; dan akan terus menjadikan Dr Saw
antara individu dan pakar yang selayaknya menjadi Tokoh Botani FRIM,
Malaysia dan Antarabangsa yang boleh ditimbang tara dengan mutu
kerja Burkill dan Holtum. Sumbangan bakti, dedikasi dan komitmen beliau
dalam bidang botani juga dirasakan akan menjadi legasi bagi sebuah
keunggulan penyelidikan di FRIM.
Semoga Dr Saw akan terus menabur bakti dan jasa dalam bidang botani
dan biodiversiti negara; dan bersama-sama membentuk pelapis bagi
memastikan khazanah warisan negara tetap terpelihara, dikaji, diterokai
dan dimanfaatkan sebaik-baik mungkin untuk generasi akan datang.
Tabik hormat saya untuk Dr Saw Leng Guan.

You might also like